Monday 8 April 2019

pengajaran pada video ini



Maksud disebalik video ini adalah kita janganlah sentiasa menyerah kalah dan mengeluh apa yang kita pelajari walaupun benda itu yang berulang kali dipelajari dan jangan mengambil perkara yang kita pelajari itu remeh kerana pelajaran itu akan bermakna apabila kita diperlukan dan boleh kita gunakan di masa hadapan.Selain itu perkara perkara yang kita ingat remeh itulah akan menjadi kesan kepada kita sampai bila-bila.Pengajaranya kita janganlah sentiasa putus asa dan jangan mengeluh apabila menerima pelajaran yang diberikan kepada kita.

Disebalik video yang kedua ini ialah untuk mengajar kita untuk sentiasa memberi tumpuan dan jangan leka terhadap perkara yang kita pelajari dan sikap ini juga boleh membantu  kita  apabila kita dalam kesusahan.Pengajaran dalam video ini ialah kita jangan hilang fokus dalam pelajaran dan sentiasa memberi tumpuan.

Maksud yang tersirat dalam video ketiga ini ialah jawapan gabungan video pertama dan kedua.
Situasi yang pertama kita janganlah menyerah kalah dan putus asa.Situasi yang kedua adalah hasil yang kita selalu memberi tumpuan yang kita telah pelajari dan akhirnya apabila kita tidak putus ada dan sentiasa memberi tumpuan akan mendapatkan keputusan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Monday 4 March 2019

Tips Penjagaan Komputer


       Asalamualaikum,Disini saya nak kongsikan tips-tips penjagaan komputer untuk anda semua supaya dapat menggunakan komputer anda dengan selamat.


1)Jangan mengunakan Pc semasa hujan kilat dirumah anda,Ia boleh menyebabkan lintar pintas pada power supply.

2)Elak daripada selalu format hard disk anda secara lowlevel,ia akan mengurangkan jangka hayat hard disk anda.

3)Elak meletakkan pc anda di tempat yang tertutup seperti didalam bilik yang sering kepanasan.



4)Jangan basahkan peralatan komputer atau ditumpahi air di peralatan komputer tersebut.

5)Elak menggunakan plug cable yang berkongsi dengan peralatan elektrik yang lain,kerana ia boleh menyebabkan arus elektrik yang tidak sekata.



6)Buka casing cpu dan vacuum,anda juga perlu berhati hati kerana takut terkena pada cable cable yang lain.tips tersebut ialah untuk menggelakkan daripada haba yang tidak dapat keluar dari cpu fan,haba haba di ruangan komputer dan sebagainya.

7)elak meletakkan casing pc di bawah meja anda kerana ia menyebabkan kemasukkan habuk.



8)Jangan basahkan komponen-komponen di motherboard untuk mencucinya.

9)Jangan menyentuh skrin Lcd komputer anda kerana ia akan menyebabkan kerosakan screen lcd.



10)Jangan mematikan komputer anda atau restart komputer anda secara mengejut,ia akan menyebankan coruppted pada hard disk.




Akhir sekali,di sini saya ingin anda semua membaca tips penjagaan komputer yang saya kongsi ini,untuk kemudahan rakan rakan yang lain untuk memastikan kerja anda dapat dibuat dengan selamat dan terjaga,sekian terima kasih.







Projek Karipap Orang Muda

 



Di sini saya menjual karipap pusing yang sedap dan rangup,resepi warisan.Kepada yang gemar membeli kuih muih bolehlah mencari saya di laman Facebook saya https://www.facebook.com/Karipap-Pusing-2073304306039321/?modal=admin_todo_tour.
kami mengharapkan makanan yang terbaik dan enak untuk anda semua,Terima Kasih.

Tuesday 29 January 2019

BAGAIMANA MENGURUS MAKLUMAT


-PENGERTIAN
Infografis adalah representasi visual dari data secara grafis untuk menyampaikan informasi lengkap kepada pembaca agar dapat dipahami dengan lebih mudah, cepat, singkat, dan jelas. Infografis (penulisan yang benar adalah infografis dengan S, bukan infografik dengan K) berasal dari kata Infographics dalam Bahasa Inggris yang merupakan singkatan dari Information dan Graphics. Proses pembuatan infografis disebut data-visualization, information design, atau information architecture. Menyampaikan informasi secara visual sudah dikenal sejak dahulu kala, seperti pada zaman manusia purba dimana terdapat banyak lukisan di dalam gua yang menggambarkan suatu kejadian. Saat ini, infografis ada di segala bentuk media, mulai dari hasil cetakan biasa, ilmiah hingga papan, peta, jurnalisme, penulisan teknis, pendidikan dan lain-lain. Infografis mengilustasikan informasi yang memiliki sedikit teks, dan berperan sebagai ringkasan informasi secara visual untuk konsep sehari-hari.Pengertian Infografis adalah suatu bentuk penyajian data dengan konsep visual yang terdiri dari teks dengan tambahan gambar-gambar ilustrasi yang menarik. Proses pembuatan infografis biasa disebut dengan beberapa istilah yang berbeda seperti data visualization, information design dan information architecture.


-INFOGRAFIC ANIMASI
Infografis Animasi Atau animated infographic adalah infografis dalam bentuk video animasi, baik 2 dimensi maupun 3 dimensi. Infografis ini dapat digunakan pada televisi ataupun media online seperti YouTube atau Vimeo. Infografis animasi dapat lebih menarik karena selain elemen visual juga menggunakan motion (pergerakan) dan audio (musik/sound effect) yang dapat memperkuat informasi/pesan yang ingin disampaikan. Untuk membuat infografis animasi diperlukan keahlian yang beragam, seperti director, animator, illustrator, music artist, voice over, dan lain lain.


Monday 28 January 2019

E-usahwan

1) FAHAMI MAKNA KEJAYAAN

Sebelum anda nak cipta kejayaan, anda perlu fahami dulu kenapa anda perlu berjaya? Untuk apa dan siapa? Dan, apa benda yang anda dan berjaya.
Jika anda nak berjaya sebagai seorang peniaga, peniaga apa? Kenapa? Untuk Siapa? Ini semua anda perlu jelas kerana inilah yang akan jadi fokus utama anda.
Kalau anda nak tahu, ramai peniaga gagal kerana mereka tak tahu makna kejayaan. Mereka tak faham apa kejayaan boleh beri kepada mereka dan kejayaan macam mana yang mereka mahu.
Contoh, jika seorang yang biasa bekerja makan gaji dengan gaji RM3,000 sebulan, jika mereka tak faham makna kejayaan yang mereka mahu, buat jualan RM300 sebulan pun, mereka dah rasa OK.
Tak salah untuk permulaan. Sekurangnya, ada juga duit lebih. Berbeza dengan orang yang jelas tentang makna kejayaan yang mereka mahu, mereka mesti nak buat lebih dari gaji bulanan.

2) FAHAMI NILAI UTAMA

Nilai atau ‘core values’ adalah sesuatu yang tentukan kita berada di atas landasan yang betul sebelum kita terbang menuju kejayaan.
Betul! Cuba fikir, ada orang berjaya juga tetapi dengan buat benda yang salah. Tiru jenama orang lain, ciplak produk orang lain, jual barang murah dengan harga barang original… ini semua boleh juga bawa kejayaan, tapi betul ke nilainya?
Core values, adalah nilai-nilai yang anda perlu pegang dalam usaha anda menjadi usahawan berjaya.
Jika anda faham nilai-nilai perniagaan anda, anda akan menjaga sebaiknya, dan usaha yang anda lakukan akan sentiasa berpegang kepada nilai-nilai utama. Bila anda ada nilai, pelanggan anda akan rasa…

3) FAHAMI VISI ANDA

Usahawan berjaya punyai visi yang jelas. Kenapa mereka berniaga, untuk capai apa, untuk bantu siapa, bila, dengan cara apa?
Semuanya jelas, semuanya diterangkan kepada semua kakitangan dan semuanya ada dituliskan di setiap ruang kedai dan pejabat supaya selalu menjadi ingatan.
Semua staff akan bekerja untuk mencapai visi yang sama. Barulah perniagaan bergerak lancar. Semuanya bersistem dan sealiran.
Ingat, bisnes bukan setakat nak cari duit dapur atau setakat nak harapkan kasihan belas orang untuk membeli dari kita.
Bisnes perlu ada visi!

4) FAHAMI KESILAPAN YANG PERNAH DILAKUKAN

Jangan kecewa sangatlah bila buat kesilapan. Itu biasa. dari kesilapan kita bangkit dan buat tindakan lebih baik. Ada orang sebelum buat silap dah cari ilmu dulu, tak mahu rugi membuta tuli.Ada orang dah buat silap sekali baru pergi cari guru. Ada orang dah silap berkali-kali baru berguru. Tak apa, asalkan sedar dari kesilapan dan perbaikinya.Yang tak betul ialah bila buat silap terus give up atau bila buat silap, pura-pura OK anda nothing happened. Alamatnya tak akan jauh lah perginya.Kesilapan boleh jadi pemangkin untuk kita lakukan usaha sekali lagi dengan lebih baik atau boleh jadi pemangkin untuk kita terus buat silap, jika kita tak belajar sesuatu darinya.

5) FAHAMI TEKNOLOGI

Zaman sekarang, bisnes hanya dibuat di hujung jari. Tekan-tekan, klik-klik duit dah boleh masuk ke dalam akaun. Tapi, adakah kita cukup pantas untuk mengejar teknologi yang sering berubah ini?
Kesilapan ramai peniaga ialah tidak mahu upgrade teknologi yang digunakan dalam berbisnes. Ada yang langsung tidak mahu tahu. Selesa sangat dengan cara yang dilakukan sekarang.
Masalahnya, bila anda tak faham teknologi susah untuk anda nak bersaing dan nak jumpa prospek dan pelanggan yang sentiasa mengharapkan teknologi.

6) FAHAMI NILAI MASA

Kita berbisnes supaya kita ada banyak pilihan. Itu apa yang selalu difikirkan oleh peniaga yang bijak. Bisnes yang menguntungkan membolehkan kita untuk ada lebih pilihan nak capai impian yang mana, bila, dan bagaimana.
Juga boleh buat pilihan masa. Anda yang dah berniaga pasti nak menikmati hasil dari perniagaan anda, tapi jika anda yang buat semua perkara anda dah tentu tak ada masa nak menikmatinya.
Fahami nilai masa yang anda mahu. Bila anda nak nikmati hasil perniagaan anda, dengan siapa, di mana? Itu semua anda kena definasikan dengan jelas.
Ada peniaga yang takut sangat bisnesnya akan kerugian sehinggakan tak mahu langsung melepaskan sedikit pun dari urusan bisnes kepada orang lain, inilah yang terjadi bila anda tak faham nilai masa.
Anda sendiri akan berada dalam keadaan takut. Jika anda faham, anda akan berusaha untuk ‘delegate’ urusan bisnes supaya anda ada masa yang anda mahukan.

7) FAHAMKAN AKAL DENGAN LEBIH ILMU

Tugas utama peniaga ialah untuk sentiasa mencari ilmu kerana semakin tinggi ilmu yang anda ada, semakin baguslah tindakan anda dalam berbisnes dan semakin tinggilah pendapatan anda.
Betul tak? Jika anda setakat tahu bagaimana nak buat RM10 ribu sebulan, anda tak akan dapat buat RM50 ribu sebulan guna ilmu dan cara yang sama.
Di sinilah anda perlu faham kenapa peniaga sentiasa perlu upgrade ilmu. Cari ilmu yang dah terbukti berjaya, baru cepat sikit anda nak capai kejayaan anda sendiri.


Tuesday 22 January 2019

jawapan quiz 1

1. Apakah itu Kanban? Jelaskan Fungsinya.
( 3 Markah )
-sebagai panduan bila untuk melakukan pengeluaran.dalam sistem lain tiada produk dikeluarkan sebelum melalui sistem kanban.produk itu akan dikeluarkan bedasarkan tempahan atau angaran tempahan.jadi tiadalah lebihan sstok nanti.

2. Jelaskan fungsi Pomodoro dan nyatakan 3 kebaikannya ? 
( 5 Markah )
fungsi pomodoro adlah mengajarkan anda untuk perkerja dengan waktu,bukanya berjuang melawan waktu.sebuah sitem managment waktu yang revolusioner,sekaligus mudah untuk dipelajari dan dapat meningkatkan produktivitas ketika digunakan

3. Apakah itu Blog ? Apakah bezanya dengan email ? 
(2 Markah)
Blog adalah platform khusus yang memudahkan kita untuk tetap menambahkan jurnal atau artikel secara berkala bedasarkan waktu dan orang lain boleh memberikan komentar pada setiap jurnal atau artikel.emaill pula adalah sebuah platform online yang dibuat pelbagai fungsi yang sesuai contohnya google untuk mesin pencarian.

4. Apakah kegunaan Embeded? 
(2 Markah)
kita harus menggunakan embed (menempel)dengan cara ini apa pun yang ada di sana akan ditampilkan langsung pada blog kita.

Followers