Monday 8 April 2019

pengajaran pada video ini



Maksud disebalik video ini adalah kita janganlah sentiasa menyerah kalah dan mengeluh apa yang kita pelajari walaupun benda itu yang berulang kali dipelajari dan jangan mengambil perkara yang kita pelajari itu remeh kerana pelajaran itu akan bermakna apabila kita diperlukan dan boleh kita gunakan di masa hadapan.Selain itu perkara perkara yang kita ingat remeh itulah akan menjadi kesan kepada kita sampai bila-bila.Pengajaranya kita janganlah sentiasa putus asa dan jangan mengeluh apabila menerima pelajaran yang diberikan kepada kita.

Disebalik video yang kedua ini ialah untuk mengajar kita untuk sentiasa memberi tumpuan dan jangan leka terhadap perkara yang kita pelajari dan sikap ini juga boleh membantu  kita  apabila kita dalam kesusahan.Pengajaran dalam video ini ialah kita jangan hilang fokus dalam pelajaran dan sentiasa memberi tumpuan.

Maksud yang tersirat dalam video ketiga ini ialah jawapan gabungan video pertama dan kedua.
Situasi yang pertama kita janganlah menyerah kalah dan putus asa.Situasi yang kedua adalah hasil yang kita selalu memberi tumpuan yang kita telah pelajari dan akhirnya apabila kita tidak putus ada dan sentiasa memberi tumpuan akan mendapatkan keputusan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment

Followers