Monday 4 March 2019

Tips Penjagaan Komputer


       Asalamualaikum,Disini saya nak kongsikan tips-tips penjagaan komputer untuk anda semua supaya dapat menggunakan komputer anda dengan selamat.


1)Jangan mengunakan Pc semasa hujan kilat dirumah anda,Ia boleh menyebabkan lintar pintas pada power supply.

2)Elak daripada selalu format hard disk anda secara lowlevel,ia akan mengurangkan jangka hayat hard disk anda.

3)Elak meletakkan pc anda di tempat yang tertutup seperti didalam bilik yang sering kepanasan.



4)Jangan basahkan peralatan komputer atau ditumpahi air di peralatan komputer tersebut.

5)Elak menggunakan plug cable yang berkongsi dengan peralatan elektrik yang lain,kerana ia boleh menyebabkan arus elektrik yang tidak sekata.



6)Buka casing cpu dan vacuum,anda juga perlu berhati hati kerana takut terkena pada cable cable yang lain.tips tersebut ialah untuk menggelakkan daripada haba yang tidak dapat keluar dari cpu fan,haba haba di ruangan komputer dan sebagainya.

7)elak meletakkan casing pc di bawah meja anda kerana ia menyebabkan kemasukkan habuk.



8)Jangan basahkan komponen-komponen di motherboard untuk mencucinya.

9)Jangan menyentuh skrin Lcd komputer anda kerana ia akan menyebabkan kerosakan screen lcd.



10)Jangan mematikan komputer anda atau restart komputer anda secara mengejut,ia akan menyebankan coruppted pada hard disk.




Akhir sekali,di sini saya ingin anda semua membaca tips penjagaan komputer yang saya kongsi ini,untuk kemudahan rakan rakan yang lain untuk memastikan kerja anda dapat dibuat dengan selamat dan terjaga,sekian terima kasih.







No comments:

Post a Comment

Followers